Friday 20 July 2012

puasa..

...السلام عليكم


BULAN RAMADHAN TIBA LAGI...

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..SEMOGA AMALAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T, DIBERI KEAMPUNAN DOSA-DOSA. MUDAH-MUDAHAN RAMADHAN INI MENJADIKAN KITA HAMBANYA YANG LEBIH BAIK.."


AMIIINNN....=)

Thursday 19 July 2012

kami akan rindu kamu....

...السلام عليكم


tahun ni tak dapat puasa dgn budak yg duk kat tepi saya tu..
tak de dah mggu depan org nak teman sy cuti sem sampai bulan9 nnti...
xleh nak gaduh2 dh...
sob3...


gud luck...
jaga diri ada kat tempat orang nnti...
(-, -)

Thursday 5 July 2012

cuti panjang ku~

...السلام عليكم

menikmati cuti yg panjang...
membuatkan diri ini menjadi suri rumah sepenuh masa...
melayan karenah adik2 dan kezen2 yg comel..
maka buat tu boring..
buat ni pon boring....(-_-)

bagi mengisi ruang kosong yang ada...
maka diri ini melibatkan pelbagai bengkel dan kursus bagi mengisi ruang yang ada dengan perkara2 yg berfaedah.....
(*_*) yeaaaaa......!!!

antara aktiviti yg diri ini libatkan diri adalah:

URUTAN TRADISIONAL MELAYU
&
BENGKEL PERTANIAN ORGANIK

(Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd & Jabatan Pertanian Negeri Kelantan)

membuatkan diri ini tidak lagi merasa bosan, sebaliknya merasa lega...dan dapat menerima pelbagai ilmu yang tak pernah diri ini ketahui...

okey....
jom diri ini ingin sharekan serba sedikit ilmu tentang pertanian organik...
ilmu yang diturunkan oleh Puan Zubaidah kepada sy dan peserta2 yang lain pada petang tadi..

kami mempelajari pelbagai cara untuk menghalau serangga dari pokok, menjaga pokok untuk lebih sihat dan bagi memastikan hasil terhadap tumbuhan tersebut segar tanpa sebarang ancaman serangga dan juga racun yang digunakan untuk menjaga tumbuhan yg kita miliki...

bagi menjaga tanaman daripada menggunakan racun, pihak pertani telah menukarkan racun dgn menggunakan bahan2 semula jadi untuk menghalau serangga perosak kepada tanaman...
bahan-bahannya adalah..cili, bawang putih, tembikai yg dah masak, pisang yg belum masak, ikan segar, kulit telur, tulang lembu, nasi, gula merah, air  jerami padi, daun2 buluh dan macam2 lagi...

maksud:

FPJ- buah yang belum masak(ikut buah pape..asal belum masak. cth: pisang putik)
FFJ- buah yang dah masak(ikut buah pape..asal dah masak. cth: tembikai)
CPA- kulit telur (kena goreng tanpa minyak)
PCA- tulang (lembu@kambing) (kena bakar dlm unggun api smpai b'tukar m'jadi putih)
FAA- ikan (potong ikan, xperlu buang kepala dan isi perut)
OHN- halia (potong sesuka hati nak potong cmne)
IMO1- nasi (untuk dijadikan ibu baja)
IMO2- bahan yg diproses dari bahan IMO1
IMO3bahan yg diproses dari bahan IMO2
IMO4-bahan yg diproses dari bahan IMO3
IMO5- bahan yg diproses dari bahan IMO4

*FAA sesuai digunakan untuk pokok lekat bunga.

cara 1

FPJ
-potong buah yg belum masak, ok kita guna pisang putik..
-letak pisang yg dah potong masuk dalam bekas, kemudian lapis dengan gula merah..
-ulang lapisan gula merah dengan pisang yang dipotong tadi secara berulang2 sampai siap.
-pastikan gula merah atas sekali
-last..tutup dgn kertas (jgn guna surat khbar lama) then ikat penutup botol tersebut..

FFJ 
-(sama je langkah dengan FPJ..potong buah yg dah masak, iaitu tembikai. kemudian lapis gula merah dan ulang langkah yg tadi sampai siap)
-last..tutup dgn kertas (jgn guna surat khbar lama) then ikat penutup botol tersebut..

FAA
-ulang langkah2 yg sama kat atas

PCA
-1kg tulang(yang telah dibakar) dicampur 10liter Cuka asli
-tutup permukaan botol dgn kertas dan diikat ketat dgn tali.


CPA
- Kulit telur digoreng sampai warna keperangan, tanpa menggunakan sebarang minyak.
- masukkan kulit telur tersebut kedalam bekas beserta cuka asli
- kemudian tutup dengan kertas putih dan ikat rapi dengan tali serta diperam selama sebulan..
kegunaan: untuk mendapat buah yg cantik, besar dan berkilat.

OHN
-ulangi langkah seperti CPA...

*make sure bagi FAA..letak gula merah dahulu sebelum letak ikan yg telah potong, agar tidak berbau hanyir..


cara 2

IMO1
- ambil nasi yang tidak basi..letak dalam 1 bekas 4 segi( bekas aiskrim kat kedai 2) ratakan nasi tersebut. kemudian, tutup dengan kertas putih juga dan ikat dipermukaan bekas 4 segi tersebut.
-tutup dengan daun buluh atau jerami padi atas dan bawah bekas yg kita proses dan perap selama 3 hari..
-selepas 3hari, buka penutup tu..nasi tadi menjadi kulat putih..kalau nasi tu berair dan kuar kulat biru, hijau, hitam dan merah..jawabnya xjadilaa nasi yg proses tu..

IMO2
- kemudian..amik nasi yg kita proseskan tu campur dengan gula merah selama 3 hari plk..
-kalau nasi 1kg, maka gula merah pon 1kg jg...
-selepas 3 hari...nasi tadi bertukar menjadi hitam pekat seperti lumpur...

IMO3
- masukkan 10 gram IMO2 ke dalam 10KG dedak halus.
- campurkan dengan air yang diperam selama 3 malam.(sebanyak 65%)
- gaul sehingga rata dengan kaedah manual ( guna cangkul)
- campur juga FPJ dan FAA dan gaul sampai rata.
*nak pasti bahan tu jadi ke tak...sentuh bahan tersebut, kalau rasa panas dan boleh dikepal(jgn lebih air) maka jadi laa bahan tu..=)

-tepuk sikit atas bahan tersebut supaya mendap, kemudian tutup dgn plastik atau jerami selama 5hari..
*make sure juga, proses tersebut dilakukan atas tanah dan dilindungi dengan zink bagi menggelak bahan tersebut terkena hujan...

IMO4
- bahan IMO3 yang siap proses dan diperam selama 5hari, digaul dengan tanah(ikut tanah pape, jji xde batu) dan tutup dengan plastik selama 5hari.

IMO5
- 1 kereta sorong IMO4, kemudian amik 10KG najis( lembu atau kambing) gaul ia sehingga rata bersama 3 baldi air dan diperam selama 2 minggu.

kemudian boleh dipasarkan bahan organik tersebut. biasanya dijual 1kg= RM300.






-SELAMAT MENCUBA-

p/s: nantikan sambungan entry tentang pertanian organik lagi...=)