Tuesday 18 March 2014

,^_^,



Terlalu Rendah Diri

Rendah diri adalah suatu penyakit. Penyakit ini termasuk penyakit yang berbahaya dan suatu sikap yang merugikan peribadi diri kita. Banyak orang yang menderita penyakit ini, meliputi jutaan orang dan mungkin juga terjadi pada kita. Berikut ini kita akan bersama-sama mempelajari erti dari rendah diri dan cara mengatasinya.



Punca rendah diri:

1. Faktor dalaman: Faktor gen atau keturunan, kecacatan tubuh badan, penyakit, kelemahan menguasai bidang pelajaran, susah berkomunikasi dan sebagainya.
2. Faktor luaran: Faktor persekitaran, budaya, cara hidup, pengaruh orang yang terhampir, ekonomi, sosial, dan sebagainya.

Ciri-ciri orang rendah diri

Selalu menyendiri, 
mengelak daripada bergaul, 
selalu ragu-ragu dalam bertindak, 
tidak mahu bersaing secara positif seperti memasuki pertandingan olah raga atau sebarang pertandingan yang mencabar minda, 
mengelak daripada berhujah, 
enggan memberi pendapat.

Cara Atasi kekurangan diri:

1. Lupakan kekurangan anda.-terima diri seadanya, kerana tidak semua manusia sempurna. jadikan kekurangan sebagai kelebihan terutama jika tiada pada orang lain.

2. Luaskan pergaulan. -bergaul dengan orang yang mempunyai kepercayaan tinggi, belajar cara mereka jalani kehidupan.

3. Rajin bertanya. -mulakan perbualan (ice breaking) terutama dengan kenalan baru. jangan khuatir jika orang tidak menjawabpertanyaan anda atau bersangka bahawa pertanyaan anda dianggap sebagai soalan bodoh
.
4. Tingkatkan penampilan diri. -beri perhatian pada penampilan diri sebelum keluar. berpakaian kemas adalah sangat baik untuk meningkatkan keyakinan diri.

5. Kembangkan kelebihan anda. -xpandai berpidato, tapi pandai menulis, mulakan dengan menghantar karya ke majalah/ akhbar yang kurang ternama dahulu, lama kelamaan mungkin boleh menghasilkan buku sendiri pula.

6. Sentiasa bersikap tenang. -kesalahan utama orang yang berasa rendah diri adalah kurang kawalan diri terutama jika berada dalam situasi yang tertekan dan asing. atasi kelemahan dengan membaca basmalah & ta'awuz, memegang sesuatu, memandang mata orang yang berkomunikasi dengan kita, menyusun percakapan dengan perlahan serta teratur dan sebagainya.

7. Singkirkan imaginasi negatif. -Hilangkan pemikiran bahawa semua orang sedang memerhatikan gerak laku atau berfikir negatif terhadap anda. semua hal negatif hanya ada dalam imaginasi dan kotak fikiran anda sahaja. 

8. Cuba sesuatu yang baru. -biasakan diri mencuba sesuatu yang baru yang akan membuka wawasan serta pandangan anda tentang kehidupan. 
Sasarannya adalah untuk memberi kita sebuah pemahaman bahawa tiada yang tidak mungkin dalam dunia ini. keterbatasan hanya suatu kesalahan dalam cara kita berfikir. seharusnya kita tidak memiliki satu alasan pun untuk berasa rendah diri!

* Kesimpulan dalam sesebuah kehidupan, memang normal sekiranya kita terasa rendah diri sekiranya kita tidak mampu melakukan sesuatu di luar kemampuan kita..jika ia berlebihan, ia akan melibatkan emosi dan perasaan kita, mudah terasa hati dengan kawan-kawan, keluarga dan orang sekeliling kita. kita akan selalu fikirkan kata-kata mereka yang menyakitkan hati kita, lama kelamaan ia melemahkan dan membunuh keyakinan yang ada dalam hati dan perasaan kita dan menyebabkan kita mengambil keputusan untuk membuat hal sendiri tanpa terasa hati dengan sesiapa.. namun, jika kita selalu berlapang dada, suka muhasabah diri, suka memaafkan dan selalu berfikiran terbuka.. In Shaa Allah lama kelamaan dalam tidak sedar, kita takkan mudah terasa hati, menganggap ejekan, gurauan atau kata-kata orang disekeliling kita adalah masalah mereka sendiri... kalau terasa hati pun kejap je, tak pendam lama-lama... terasa pastu terus lepaskan dengan perlahan-lahan.. Ia akan mengubati hati kita daripada terus rasa sakit dan terseksa.. kita kena berusaha untuk mengubah kehidupan kita, selalu berfikiran terbuka, tidak takut melakukan sesuatu yang menghantui hati dan perasaan kita, selalu bertanyakan pendapat keluarga dan kawan-kawan yang berlainan(kerana pendapat manusia lain-lain) jadi makin banyak lah ilmu yang kita dapat dan masa tu boleh kita menilai yang mana boleh kita guna dan tak boleh guna pendapat daripada keluarga dan kawan-kawan untuk meningkatkan keyakinan diri kita.... cuba jangan keliru kan hati, cuba kenal dunia luar... maksud saya, jangan terlalu suka membuat hal sendiri dan cuba keluar daripada sarang kehidupan kita yang sebenarnya... jika kita berusaha ke arah kebaikan, Allah tak mempersia-siakan kesungguhan hambaNya... yakinlah dengan keEsaanNya... jangan jadikan syaitan raja hati dan perasaan kita, kebiasaannya kegelisahan dan kata-kata hati yang membawa kita kepada perkara negatif adalah bisikan syaitan... 




No comments:

Post a Comment